sebab apeee?? sebab aku memang dah takde mood nak keje kat company tu. terlalu ramai yang addict ngan kipas, terlalu ramai yang hati busuk kalah loji indah water. so target aku skang cari keje baru. dah terlalu tua kann untuk kena interview. puffftt. like i said earlier, hidup aku memang turun naik. so adventure kann. baru gempak.
okay, dah lari tajuk sebenarnya. jom kite berlari lari anak balek ke pangkal jalan. sebenarnya skang nak cite pasal my chenta hati. penyeri hidup aku laki bini. penyambung kasih sayang. cewahhh. <kentut jap>
so here i am representing my one and only sepet, #nuraneesadahlia
haaa. ni lah bulat aku, sepet aku. anugerah terindah. serius. memang besar maknanya jadi ibu ni. mengandung and melahirkan. seronok. rase nak mengandung lagiiii. errkkkk. tipu je. saket woo beranak. bukan macam kena geget semut. huuu.
okay, budak kecik ni lahir time raya. 1hb ogos 2014. pukul 12 malam. hari jumaat. ikut lah nak cakap malam jumaat ke pagi jumaat. aku masa tu agak terkilan sebab aku nak baby lahir bulan yang sama ngan bebeday aku. lewat ckit je kann. aku yang salah setting. huhu.sokayy. cuba lagi lain kali. haha.
hidup aku berubah giler lepas ada anak. nak siapkan makan pakai dia. bapak dia lagi.aku sampai skang belum pandai manage time lagi untuk family baru aku ni. still in learning process. banyak benda yang aku taktau. banyak benda yang aku kena belajar. contohnya macam skang. anak aku dah bangun. and dia merengek. aku wat taktau je. patutnya aku kena watpe eh. haha. stop dulu. okbai.
